Производитель: Lenovo
Размер: 218.31 kb
Название файла:
|
К этому устройству также есть другие инструкции:
Фрагмент инструкции
Paparan dihidupkan: Peranti dihidupkan
Paparan dimatikan: Peranti dimatikan atau dalam mod skrin kunci
Peranti yang dicas mungkin menjadi panas semasa penggunaan biasa. Pastikan terdapat pengalihan
udara yang mencukupi di sekitar peranti yang dicas itu. Cabut palam peranti yang sedang dicas jika
berlaku sebarang perkara berikut:
Peranti yang sedang dicas telah terdedah kepada hujan, cecair atau kelembapan yang berlebihan.
Peranti yang sedang dicas menunjukkan tanda - tanda kerosakan fizikal.
Anda mahu membersihkan peranti yang sedang dicas.
Lenovo tidak bertanggungjawab atas prestasi atau keselamatan produk yang tidak dikilangkan atau
diluluskan oleh Lenovo. Gunakan penyesuai ac dan bateri yang diluluskan Lenovo sahaja.
PERHATIAN: Penyesuai hendaklah dipasang berdekatan dengan peralatan dan hendaklah boleh
didapatkan dengan mudah. Pengguna perlu menggunakan sambungan ke antara muka USB dengan
versi USB 2.0 atau lebih tinggi.
Gangguan
Berhati - hati semasa menggunakan Telefon Lenovo dalam kenderaan atau semasa menunggang basikal.
Utamakan keselamatan anda dan keselamatan orang lain pada setiap masa. Patuhi undang- undang.
Undang - undang dan peraturan setempat mungkin mengawal cara anda boleh menggunakan peranti
elektronik mudah alih, seperti Telefon Lenovo, semasa memandu kenderaan atau menunggang basikal.
Bahaya tercekik
Jauhkan Telefon Lenovo dan aksesorinya daripada capaian kanak - kanak. Telefon Lenovo mengandungi
bahagian bersaiz kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik kepada kanak - kanak. Selain itu, skrin
kacanya boleh pecah atau retak jika terjatuh atau dibaling pada permukaan keras.
Udara mudah meletup
Jangan mengecas atau menggunakan Telefon Lenovo di sebarang kawasan yang mempunyai udara yang
berpotensi mudah meletup, seperti di kawasan mengisi minyak atau di kawasan yang udaranya
mengandungi bahan kimia atau zarah (seperti butiran, habuk atau serbuk logam). Patuhi semua papan
tanda dan arahan.
Gangguan frekuensi radio
Patuhi papan tanda dan notis yang menghalang atau menyekat penggunaan telefon mudah alih
(contohnya, di kemudahan penjagaan kesihatan atau kawasan letupan). Meskipun Telefon Lenovo direka
bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi radio,
pancaran dari Telefon Lenovo boleh menjejaskan pengendalian peralatan elektronik yang lain secara
negatif dan menyebabkannya rosak. Matikan Telefon Lenovo atau gunakan Mod Pesawat untuk
mematikan pemancar wayarles Telefon Lenovo apabila penggunaannya dilarang, seperti semasa
menaiki pesawat atau apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Peranti perubatan
Telefon Lenovo mengandungi radio yang memancarkan medan elektromagnet. Medan elektromagnet ini
boleh mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan yang lain. Jika anda memakai perentak
jantung, kekalkan jarak pemisah sekurang - kurangnya 15 cm (6 inci) di antara perentak jantung anda dan
Telefon Lenovo. Jika anda mengesyaki Telefon Lenovo mengganggu perentak jantung anda atau
...